midads

Cari Duit Tipu Orang Skim Multi Level marketing (MLM) Lagi

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mualaf yang pernah berlakon dalam beberapa drama Cina terbitan produksi tempatan, rupa-rupanya turut bijak ‘berlakon’ apabila memperdaya ribuan mangsa menyertai skim perniagaan jualan langsung (MLM) dianjurkannya, menyebabkan mangsa kerugian hampir RM50 juta.

Dia yang dikenali dengan nama K dan berusia awal 40-an, bijak memperdayakan mangsa melabur skim MLM didalanginya apabila menjual nama kerabat diraja sebuah negeri di Pantai Timur dengan mendakwa dia anak angkat keluarga diraja.

Selain itu, K bijak memanipulasi statusnya sebagai saudara baru menyebabkan skim pelaburan dianjurkannya mudah mendapat ahli dengan jumlah keahlian mencecah 30,000 orang termasuk dari Indonesia dan Thailand.

Kebanyakan mangsa adalah kakitangan kerajaan dan warga emas yang terpengaruh apabila K mendakwa mampu memberi pulangan keuntungan sehingga 60 peratus daripada modal permulaan RM3,700 satu lot.

Penipuan K didedahkan tiga mangsanya, Mohd Fahmi Anuar, 32, Adam Lim, 31, dan Adlan Shah Haris, 35, yang membuat aduan kepada Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Mereka yang mengetuai ahli kumpulan pelaburan terbesar di Johor dan sekitar Lembah Klang berkata, K juga meyakinkan pelabur dengan memaklumkan syarikatnya mempunyai lombong berlian di Kanada dan kilang pemprosesannya di China.

Menurut Mohd Fahmi, pada mulanya dia musykil, tetapi selepas diberi penerangan kononnya pelaburan itu mempunyai lesen sah selain melihat K menggunakan kereta mewah bernombor VIP yang didaftarkan dengan alamat istana, dia tidak teragak-agak mencuba nasib.

“Saya mengajak rakan lain melabur dan gembira apabila menerima pulangan pertama seperti yang dijanjikan selepas sebulan melabur.

“Namun, sejak Oktober tahun lalu sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang bayaran dan setiap kali menelefon K tidak pernah berjawab,” katanya yang mendakwa mengalami kerugian RM250,000 melalui dua pakej yang disertai.

Mohd Fahmi berkata, dia bersama rakan lain pergi ke rumah K tetapi mendapati rumah lelaki itu dikawal ketat dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) selain dipasang pagar berduri.

“Saya yakin lelaki itu masih tinggal di rumah berkenaan berdasarkan kereta dan keadaan rumah yang kemas tetapi dia sengaja berbuat demikian kerana enggan bersemuka dengan kami yang ‘mengejarnya’ sejak lapan bulan lalu,” katanya.

Katanya, ramai pelabur mengalami kerugian dan ada antara mereka sanggup menjual kebun, membuat pinjaman bank, menjual barang kemas dan juga meminjam daripada along.

Adlan Shah pula berkata, banyak janji K tidak ditepati malah pelbagai alasan direka bagi melepaskan diri.

“Awalnya kami dimaklumkan proses pembayaran mempunyai sedikit masalah selepas berlaku pertukaran dalam sistem elektronik bagi penambahbaikan dan dia meminta kami menunggu hingga hujung bulan.

“Dia berjanji membayar tunggakan keuntungan kepada ahli melalui pembayaran cek sebaik saja masalah membabitkan sistem itu selesai tapi sehingga sekarang kami tak mendapat apa-apa,” katanya yang mendakwa kerugian hingga RM4 juta, hasil pelaburan bersama beberapa orang bawahannya.

Menurutnya, K juga bijak memerangkap ketua kumpulan sepertinya untuk melepaskan diri daripada dimarahi ahli.

“Selepas cek keuntungan diserahkan kepada ketua kumpulan K akan memaklumkan kepada semua ahli kononnya bayaran dibuat. “Namun, belum sempat kami menunaikan cek dia membekukan akuan bank menyebabkan cek tidak boleh ditunaikan, tapi ahli memarahi kami kerana menyangka dia benar-benar memberikan duit,” katanya.

Adlan Shah juga mendakwa, K memeluk agama Islam hanya sebagai usaha untuk meyakinkan mangsanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan laporan itu.

Sumber: HarianMetro

Industri E-dagang Malaysia dijangka naik 30%

malaysia-twin-tower PENGGUNAAN landasan e-dagang di negara ini dijangka meningkat sehingga 30 peratus setahun berbanding sekarang dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun akan datang.

Pengerusi Persatuan ICT (Teknologi, Komunikasi dan Maklumat) Kebangsaan (Pikom), Wei Chuan Beng, berkata pertumbuhan itu seiring penyediaan pelbagai infrastruktur, kematangan jalur lebar selain meningkatnya kesedaran mengenai penggunaan e-dagang di kalangan masyarakat.

“Dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun lagi, industri e-dagang Malaysia dijangka tumbuh antara 20 hingga 30 peratus setahun.

“Selain dipacu pelbagai faktor antaranya kemudahan lengkap landasan ICT disediakan kerajaan, pertumbuhan ini juga selari dengan peningkatan penggunaan e-dagang di seluruh dunia yang dijangka meningkat 32 peratus membabitkan transaksi RM92.4 bilion tahun ini berbanding RM67 bilion pada 2009,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Bulan ICT Kebangsaan 2010 (NIM 2010) di Kuala Lumpur, semalam yang disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Wei berkata, bagi menggalakkan aktiviti e-dagang, institusi kewangan perlu menawarkan kadar faedah membabitkan penggunaan landasan itu.

Harian Metro July 15 2010

Google Tinjau Buka Pejabat di KL

google-malaysia GOOGLE Inc meninjau kemungkinan membuka pejabat di Kuala Lumpur dalam usaha meningkatkan lagi peranannya membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Pengarah Urusan Google Asia Tenggara, Julian Persaud berkata, pihaknya mendapati wujud peluang dalam membantu perkembangan PKS di negara ini kerana dianggarkan kira-kira 500,000 PKS belum memiliki laman web perniagaan.

“Google masih memikirkan kaedah terbaik untuk manfaat kedua-dua pihak,” katanya.
Beliau berkata, rancangan untuk membuka pejabat di Kuala Lumpur itu akan dipertimbangkan dengan teliti berikutan gergasi enjin carian laman web global itu kini sudah menjadikan Singapura sebagai pusat operasinya di rantau ini.

Harian Metro 07/07/2010

Tujuh Jutawan Malaysia Kongsi Kejayaan

jutawan-duit SUBANG JAYA: “Orang akan memperlekeh apabila bercakap mengenai masakan, tetapi perlu difikir sama ada masak untuk jadi jutawan atau masak untuk makan.

“Orang akan tanya masak apa yang sedap, tetapi tidak tanya masak apa yang untung. “Walaupun kerja yang dilakukan itu remeh, ia akan menghasilkan sesuatu di luar jangkauan melalui strategi yang tepat,” kata jutawan senyap, Datuk Dr Rusli Abdullah atau Chef Li.

Pengasas Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (Itkau) itu antara tujuh panel jutawan yang mendedahkan rahsia kejayaan mereka di Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan II anjuran Peoplepreneur Business School (PBS) di Hotel Grand Dorsett, di sini, kelmarin.

Program dua hari bagi merapat dan membentuk satu jaringan perniagaan terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara itu turut dijayakan Datuk Dr Azman Ching (mentor jutawan), Dr Azizan Osman (jutawan minda), Datuk Maznah Hamid (jutawan usahanita dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce), Dr Irfan Khairi (jutawan internet), Billi Lim (jutawan berani gagal) dan Abang Abu (jutawan kewangan dan Ketua Pegawai Eksekutif Now Asia).

Pengasas Peoplelogy Community Sdn Bhd, Allen Lee, berkata konvensyen kali kedua dihadiri 300 peserta itu bagi memperkasa kapasiti modal insan usahawan terutama meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan pelbagai bentuk kemahiran seperti teknologi maklumat dan komunikasi serta keusahawanan.

Menurutnya, tiga elemen penting diperlukan dalam perniagaan iaitu ilmu, mentor dan jaringan didedahkan oleh tujuh jutawan berkenaan yang berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan peserta program.

“Konvensyen ini dilihat mampu memberikan wadah berkesan kepada usahawan meningkatkan keupayaan perniagaan mereka. Ia bagi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Malaysia, khususnya perusahaan kecil dan sederhana dimiliki oleh kebanyakan masyarakat dan komuniti kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Dari Kosong Sampai Jutawan, Mashendi Darham, berkata, sambutan terhadap program berkenaan begitu memberangsangkan dan memberi kesan positif kepada peserta.

“Jika ramai berjaya dengan cara sukar dan mengambil masa puluhan tahun, kita permudahkan dan jimatkan masa untuk tujuan sama. “Belajar daripada yang pakar, jadikan mereka mentor, jangan ulangi kesalahan mereka tetapi gunakan strategi, teknik dan taktik yang terbukti berkesan untuk kita mencapai kejayaan. Kekayaan atau kemiskinan adalah pilihan. Kuncinya ialah tindakan selepas memperoleh semua yang diperlukan untuk berjaya,” katanya.

dari akhbar harian metro

Fungsi Servis Premium Terbaru Oleh Mudah.my

mudah.my Ini untuk makluman kepada sesiapa yang membuat jualbeli melalui iklan di mudah.my. Mudah.my telah menambah beberapa fungsi kepada pengiklan. Fungsi-fungsi terbaru ini adalah premium servis dimana pengiklan perlu membayar untuk mengunakannya. Ini adalah antara langkah-langkah mudah.my untuk menambah pendapatan daripada website mereka. Berikut adalah 3 permium servis terbaru seperti yang di maklumkan oleh mudah.my melalui email:

Untuk membantu anda mendapatkan lebih banyak daripada Mudah.my, kami baru sahaja melancarkan 3 premium servis baru hanya untuk anda:


Renew membenarkan anda untuk menaikkan iklan anda ke bahagian atas senarai dengan timestamp baru yang juga akan memperbaharui iklan untuk 60 hari. Ini akan membantu anda mendapat sambutan yang lebih.


Urgent membenarkan anda menandakan iklan anda sebagai segera dan memberi petunjuk kepada semua pembeli yang anda hendak menjual butir secepat mungkin. Sekeping setem segera akan muncul di sebelah iklan anda.


Edit membenarkan anda untuk sunting iklan dengan menambahkan gambar, mengubah tajuk atau mengubah butir-butir iklan anda.

Dengan ciri-ciri yang atas, kini anda boleh memperolehi lebih banyak fungsi yang manarik untuk iklan anda. Untuk mengetahui lebih, klik disini.