Dana Untuk Usahawan Teknologi Maklumat

RADLE Fund Sdn Bhd (Cradle) agensi di bawah Kementerian Kewangan yang mengurus dana kepada usahawan teknologi maklumat dijangka menerima dana tambahan berjumlah RM20 juta daripada kerajaan tahun depan

Bagi tempoh dari 2003 sehingga kini, Cradle sudah menerima dana kerajaan sebanyak RM145 juta bagi membantu usahawan teknologi maklumat untuk membina perniagaan yang berpotensi dalam sektor ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazrin Hassan berkata, penambahan dana itu dapat memberi manfaat kepada pihaknya membantu golongan usahawan yang mempunyai idea bernas serta berpotensi dalam memajukan ekonomi negara.

Beliau berkata, menerusi Program CIP 500, sejumlah 15 syarikat tempatan yang memohon untuk memperoleh dana daripada Cradle sudah diluluskan bernilai kira-kira RM6.4 juta manakala sebanyak 480 idea pula diterima bagi tempoh dari 2003 hingga 31 Oktober 2012.

“Malaysia mempunyai potensi besar untuk menambah bilangan usahawan teknologi kerana melihat kepada angka penerimaan idea sejak 2003, ia sangat memberangsangkan dan berupaya bagi menghasilkan produk pasaran komersial.

“Selain itu, kami juga menganjurkan program membantu usahawan teknologi bagi menguruskan perniagaan mereka antaranya program peningkatan dan bimbingan, Coach and Grow Programme (CGP) yang disertai pelbagai pemain industri teknologi antaranya teknologi kesihatan, ICT dan teknologi hijau,” katanya pada majlis sambutan tahun pertama CGP di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Ranjit Ajit Singh.

Sejak CGP dilancarkan, Cradle melatih 570 usahawan dalam peringkat pertama dan 420 usahawan dalam peringkat kedua.

dari Harianmetro

Geran SKMM Untuk Perniagaan Online

PEMBERIAN geran RM1,000 melalui peruntukan RM50 juta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi banyak faedah kepada pengusaha perniagaan secara dalam talian yang baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan.

Pengasas perniagaan perkhidmatan rawatan kecantikan dari rumah ke rumah, JomCantik, Huzalfah Shamsudin berkata, pemberian geran terbabit membuka peluang lebih meluas kepada usahawan baru terutama wanita untuk meneroka bidang berkenaan.

geran skmm

Jika sebelum ini kebanyakan bantuan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan berbentuk produk, kemahiran serta kursus, pemberian geran terbabit boleh dijadikan modal pusingan perniagaan.

“Saya menyokong penuh sekiranya geran terbabit diserahkan kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan secara dalam talian buat kali pertama.

“Jumlahnya mungkin lebih daripada mencukupi terutama jika ia membabitkan jenis perniagaan mudah seperti khidmat kecantikan dari rumah ke rumah,” katanya.

Bagaimanapun, pemberian geran berkenaan perlukan pemantauan sewajarnya terutama bagi mengenal pasti penerima yang benar-benar layak.

Ini kerana jumlah terbabit agak besar. Oleh itu, wajar untuk membentuk satu badan khas bagi memantau perjalanan geran berkenaan.

“Mungkin pada peringkat awal semangat berkobar-kobar untuk menjalankan perniagaan tetapi disebabkan tiada pengawasan, mungkin urusan perniagaan hanya tinggal kertas cadangan.

“Pemberian geran ini juga sebenarnya banyak membantu usahawan baru mengenal pasti bentuk perniagaan ingin diceburi dan membolehkan mereka bertapak lebih jauh dalam bidang terbabit,” katanya.

Menurut pemilik butik dalam talian, Lalapop, Khazylah Fhadylah Hussin, sokongan kerajaan sememangnya penting terutama kepada peniaga kecil seperti dirinya. “Peruntukan geran sebanyak RM1,000 itu dapat membantu untuk mengembangkan lagi perniagaan secara dalam talian bagi membuka butik atau mendapatkan lebih banyak koleksi pakaian. “Selain itu, bantuan ini juga boleh digunakan untuk memperbaiki laman web butik supaya ia lebih bersifat komersial, sekali gus memperluaskan jaringan perniagaan,” katanya ketika ditemui.

sumber: harianmetro 21/09/2012

Bisnes Kek Lucah Di Internet

4,000 suka kek lucah

Ramai bimbang terutama ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur perlu berwaspada dengan pengedaran kek dihasilkan menyerupai alat sulit lelaki dan wanita yang dijual secara meluas dalam talian termasuk menggunakan facebook (fb).

Kewujudan aktiviti perniagaan kek berkenaan dikesan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas mendapat aduan daripada ibu bapa yang bimbang dengan gambar dimuat naik secara terbuka di laman web terbabit.

Dipercayai aktif sejak dua tahun lalu dan didaftarkan atas nama individu, pemiliknya secara terbuka memaparkan koleksi gambar kek menunjukkan lelaki dan wanita berbogel dalam keadaan mengghairahkan selain mendedahkan bahagian dada wanita dari pelbagai sudut.

Setakat semalam, hampir 4,000 orang menyukai gambar terbabit manakala lebih 10 pemilik laman sosial memberikan komen pada pautan berkenaan dengan ada yang menyifatkan ia sebagai penghasilan seni ‘kreatif’ melariskan jualan dan menarik minat pembeli.

sumber: harian metro

Cari Duit Tipu Orang Skim Multi Level marketing (MLM) Lagi

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mualaf yang pernah berlakon dalam beberapa drama Cina terbitan produksi tempatan, rupa-rupanya turut bijak ‘berlakon’ apabila memperdaya ribuan mangsa menyertai skim perniagaan jualan langsung (MLM) dianjurkannya, menyebabkan mangsa kerugian hampir RM50 juta.

Dia yang dikenali dengan nama K dan berusia awal 40-an, bijak memperdayakan mangsa melabur skim MLM didalanginya apabila menjual nama kerabat diraja sebuah negeri di Pantai Timur dengan mendakwa dia anak angkat keluarga diraja.

Selain itu, K bijak memanipulasi statusnya sebagai saudara baru menyebabkan skim pelaburan dianjurkannya mudah mendapat ahli dengan jumlah keahlian mencecah 30,000 orang termasuk dari Indonesia dan Thailand.

Kebanyakan mangsa adalah kakitangan kerajaan dan warga emas yang terpengaruh apabila K mendakwa mampu memberi pulangan keuntungan sehingga 60 peratus daripada modal permulaan RM3,700 satu lot.

Penipuan K didedahkan tiga mangsanya, Mohd Fahmi Anuar, 32, Adam Lim, 31, dan Adlan Shah Haris, 35, yang membuat aduan kepada Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Mereka yang mengetuai ahli kumpulan pelaburan terbesar di Johor dan sekitar Lembah Klang berkata, K juga meyakinkan pelabur dengan memaklumkan syarikatnya mempunyai lombong berlian di Kanada dan kilang pemprosesannya di China.

Menurut Mohd Fahmi, pada mulanya dia musykil, tetapi selepas diberi penerangan kononnya pelaburan itu mempunyai lesen sah selain melihat K menggunakan kereta mewah bernombor VIP yang didaftarkan dengan alamat istana, dia tidak teragak-agak mencuba nasib.

“Saya mengajak rakan lain melabur dan gembira apabila menerima pulangan pertama seperti yang dijanjikan selepas sebulan melabur.

“Namun, sejak Oktober tahun lalu sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang bayaran dan setiap kali menelefon K tidak pernah berjawab,” katanya yang mendakwa mengalami kerugian RM250,000 melalui dua pakej yang disertai.

Mohd Fahmi berkata, dia bersama rakan lain pergi ke rumah K tetapi mendapati rumah lelaki itu dikawal ketat dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) selain dipasang pagar berduri.

“Saya yakin lelaki itu masih tinggal di rumah berkenaan berdasarkan kereta dan keadaan rumah yang kemas tetapi dia sengaja berbuat demikian kerana enggan bersemuka dengan kami yang ‘mengejarnya’ sejak lapan bulan lalu,” katanya.

Katanya, ramai pelabur mengalami kerugian dan ada antara mereka sanggup menjual kebun, membuat pinjaman bank, menjual barang kemas dan juga meminjam daripada along.

Adlan Shah pula berkata, banyak janji K tidak ditepati malah pelbagai alasan direka bagi melepaskan diri.

“Awalnya kami dimaklumkan proses pembayaran mempunyai sedikit masalah selepas berlaku pertukaran dalam sistem elektronik bagi penambahbaikan dan dia meminta kami menunggu hingga hujung bulan.

“Dia berjanji membayar tunggakan keuntungan kepada ahli melalui pembayaran cek sebaik saja masalah membabitkan sistem itu selesai tapi sehingga sekarang kami tak mendapat apa-apa,” katanya yang mendakwa kerugian hingga RM4 juta, hasil pelaburan bersama beberapa orang bawahannya.

Menurutnya, K juga bijak memerangkap ketua kumpulan sepertinya untuk melepaskan diri daripada dimarahi ahli.

“Selepas cek keuntungan diserahkan kepada ketua kumpulan K akan memaklumkan kepada semua ahli kononnya bayaran dibuat. “Namun, belum sempat kami menunaikan cek dia membekukan akuan bank menyebabkan cek tidak boleh ditunaikan, tapi ahli memarahi kami kerana menyangka dia benar-benar memberikan duit,” katanya.

Adlan Shah juga mendakwa, K memeluk agama Islam hanya sebagai usaha untuk meyakinkan mangsanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan laporan itu.

Sumber: HarianMetro

Industri E-dagang Malaysia dijangka naik 30%

malaysia-twin-tower PENGGUNAAN landasan e-dagang di negara ini dijangka meningkat sehingga 30 peratus setahun berbanding sekarang dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun akan datang.

Pengerusi Persatuan ICT (Teknologi, Komunikasi dan Maklumat) Kebangsaan (Pikom), Wei Chuan Beng, berkata pertumbuhan itu seiring penyediaan pelbagai infrastruktur, kematangan jalur lebar selain meningkatnya kesedaran mengenai penggunaan e-dagang di kalangan masyarakat.

“Dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun lagi, industri e-dagang Malaysia dijangka tumbuh antara 20 hingga 30 peratus setahun.

“Selain dipacu pelbagai faktor antaranya kemudahan lengkap landasan ICT disediakan kerajaan, pertumbuhan ini juga selari dengan peningkatan penggunaan e-dagang di seluruh dunia yang dijangka meningkat 32 peratus membabitkan transaksi RM92.4 bilion tahun ini berbanding RM67 bilion pada 2009,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Bulan ICT Kebangsaan 2010 (NIM 2010) di Kuala Lumpur, semalam yang disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Wei berkata, bagi menggalakkan aktiviti e-dagang, institusi kewangan perlu menawarkan kadar faedah membabitkan penggunaan landasan itu.

Harian Metro July 15 2010