3 Cara Buat Duit Dengan Easyshare

Buat duit dengan Easy share Pay Perdownload.

Bagaimana buat duit dengan cara berkongsi file (file sharing)menggunakan platform Easy-share.com?

Dengan Easy-share, seperti file hosting lain juga, anda cuma uploadkan file, selesai upload anda akan mendapat link (url) untuk file tersebut. Hebahkan link untuk download file tersebut di forum, blog, Twitter, email dsb.

Boleh upload file dengan cara web (http), ftp, web widget atau  upload software.

Satu perkara penting adalah point hanya diambilkira jika datang dari negara-negara tertentu sahaja. Jika sasaran website adalah pengunjung dari Malaysia atau Indonesia anda mungkin tidak mahu menggunakan Easy-share.

Easy-share memberikan mata yang dipanggil E-point yang anda boleh tukarkan dalam bentuk tunai.

Terdapat 3 cara bagaimana bagaimana anda boleh membuat duit dengan easy-share:

1. Untuk download. Bila ada orang download file anda, anda boleh mendapat:

  • Sehingga USD $20 per 1000 download dari US dan Britain.
  • Sehingga USD $10 untuk 1000 downloads dari negara-negara: Italy, Switzerland, United Arab Emirates, Norway, Bahrain, Austria, Denmark, Finland, Australia, Belgium, Netherlands, Canada, Ireland, Germany, Greece, France, Sweden, Spain, Japan, Portugal.

2. Jualan akaun premium. Bila ada orang menjadi ahli premium (berbayar)

Boleh membuat promosi akaun premium secara terus (gaya affiliate) melalui link affiliate atau link download (diambilkira  jika orang yang menjadi ahli itu datangnya dari trafik download link file anda)

35% dari jumlah jualan anda. Terdapat juga Volume Bonus (bergantung kepada jualan bulanan) dan Quality Bonus (bergantung kepada nisbah jumlah download dengan jualan akaun premium.

3. Overriding 20% dari referer point.
Jika orang yang menjadi ahli Eayshare melalui affliate llink anda juga menghasilkan pendapatan, anda boleh medapat sehingga 20% dari hasil pendapatan mereka.

Pembayaran kepada anda boleh di buat oleh Easyshare dengan cara PayPal (pembayaran minima USD $10), ePassporte (USD $10), WebMoney (USD $10) atau direct bank transfer (USD $500 + USD $50 commission charge).

Beberapa perkara lain:

Widget easyshare adalah satu ciri unik yang menarik yang ditawarkan oleh easyshare untuk dipasang ke website atau blog anda kerana pelawat-pelawat boleh uploadkan file mereka ke akaun easy-share anda. 

Dengan Eayshare, anda juga boleh uploadkan file mp3 atau wmv video dan kemudian streamkan dari akaun Facebook atau Myspace anda. 

Anda juga tidak perlu menjadi ahli premium (berbayar) untuk mula membuat duit dengan Easyshare.


Website Easy-share