Ini untuk makluman kepada sesiapa yang membuat jualbeli melalui iklan di mudah.my. Mudah.my telah menambah beberapa fungsi kepada pengiklan. Fungsi-fungsi terbaru ini adalah premium servis dimana pengiklan perlu membayar untuk mengunakannya. Ini adalah antara langkah-langkah mudah.my untuk menambah pendapatan daripada website mereka. Berikut adalah 3 permium servis terbaru seperti yang di maklumkan oleh mudah.my melalui email:
Untuk membantu anda mendapatkan lebih banyak daripada Mudah.my, kami baru sahaja melancarkan 3 premium servis baru hanya untuk anda:
![]()
Renew membenarkan anda untuk menaikkan iklan anda ke bahagian atas senarai dengan timestamp baru yang juga akan memperbaharui iklan untuk 60 hari. Ini akan membantu anda mendapat sambutan yang lebih.
![]()
Urgent membenarkan anda menandakan iklan anda sebagai segera dan memberi petunjuk kepada semua pembeli yang anda hendak menjual butir secepat mungkin. Sekeping setem segera akan muncul di sebelah iklan anda.
![]()
Edit membenarkan anda untuk sunting iklan dengan menambahkan gambar, mengubah tajuk atau mengubah butir-butir iklan anda.Dengan ciri-ciri yang atas, kini anda boleh memperolehi lebih banyak fungsi yang manarik untuk iklan anda. Untuk mengetahui lebih, klik disini.