Google Tinjau Buka Pejabat di KL

google-malaysia GOOGLE Inc meninjau kemungkinan membuka pejabat di Kuala Lumpur dalam usaha meningkatkan lagi peranannya membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Pengarah Urusan Google Asia Tenggara, Julian Persaud berkata, pihaknya mendapati wujud peluang dalam membantu perkembangan PKS di negara ini kerana dianggarkan kira-kira 500,000 PKS belum memiliki laman web perniagaan.

“Google masih memikirkan kaedah terbaik untuk manfaat kedua-dua pihak,” katanya.
Beliau berkata, rancangan untuk membuka pejabat di Kuala Lumpur itu akan dipertimbangkan dengan teliti berikutan gergasi enjin carian laman web global itu kini sudah menjadikan Singapura sebagai pusat operasinya di rantau ini.

Harian Metro 07/07/2010